artikel

HARI GURU DI MALAYSIA





Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Isi kandungan

 [sorokkan]

[sunting]Objektif

  • " Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • " Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • " Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • " Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • " Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • " Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

[sunting]Tokoh Guru

Setiap tahun, beberapa bekas guru akan dipilih untuk menjadi tokoh guru tahunan. Berikut merupakan tokoh-tokoh guru semenjak 1990:-
2010
  • Awang Mohamad
  • Encharang Agas
  • Datuk Chuang Keng Kung
  • Ainun Jamilah Mohd Ali
2009
  • Datuk Abdul Rahim Tahir
  • Shahul Hamid Mydin Shah
  • Phua Seng Tiong
2008
  • Dato’ Haji Rashdi bin Ramlan
  • En. Abu Bakar bin Shawkat Ali
  • En. Krishnasamy a/l Kapaya
  • Dato’ Dr. Hj. Zulkarnain bin Hj. Abd. Rahman
2007
  • En. Gerald Lee Liong Ai
  • Dato Haji Abdul Majid bin Omar
  • Dato Haji Muhamad bin Mustaffa
  • Tan Sri Datuk Dr Wan Mohd Zahid bin Mohd Nordin
2006
  • Datuk Wira Haji Borhan bin Md. Yaman
  • Profesor Dr. Haji Hussein bin Haji Ahmad
  • Puan Hajah Azizah binti Haji Md. Taib
  • Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Awang Had bin Salleh
2005
  • Tn. Hj. Ramli bin Amat@Haji Ahmad
  • Tn Hj. Abdul Manan bin Mohamed Noh
  • Tn. Hj. Ghazali bin Hj. Yusuf
  • Encik Teo Huat@Teo Teck Huat
  • Hajah Engku Tik Azizah binti Tengku Abdul Manan
2004
  • Tn. Hj. Md. Ismail Zam Zam
  • Cik Alice Wee Siew Eng
  • En. Krishnasamy Tambusamy
  • Pn. Hjh. Wan Safinah Hj. Saleh
  • En. Ali Suhaili
2003
  • Pn. Sri Aisha Hj. Shamsuddin
  • Tn. Hj. Sulaiman Mohd. Nawi
  • Tn. Hj. Hussain Hj. Paris
  • En. M.P. Rangganathan
  • En. Ho Thean Sung
2002
  • Tn. Hj. Abd. Karim Abdullah
  • Tn. Hj. Khamis Noyo
  • Tn. Hj. Abd Hamid Hj. Noor Mohamed
  • Cik Hjh. Nasriah Hj. Maghribi
  • En. Nagaratnam Ponnurengan
2001
  • Tn. Hj. Mohamed Saat Bongkek
  • En. Abang Hamdan Jas
  • Pn. Hjh Siti Aishah Hj. Ab. Rahman
  • Tn. Hj. Sulaiman Samad
  • En. Robert David
2000
  • Pn. Nik Faizah Mustapha
  • Tn. Hj. Tawi Yaakub
  • En. Cheong Yong Kwong
  • Tn. Hj. Abdul Ghani Wahab
1999
  • Pn. Molly Chong Nee Molly Gee
  • En. Mohd. Mokhtar Talib
  • Hjh Rahmah Hj. Hussain
  • Tn. Hj. Hambali Abdul Razak
  • Tn. Hj. Kassim Muhammad
1998
  • Dato' Hj. Abd. Rahim Hj. Abd. Majid
  • Dato' Dr. Hj. Yahya Ibrahim
  • Tn. Hj. Mohd. Tahir Hj. Ahmad
  • Tn. Hj. Mohamed Ali
1997
  • Dato' Hj Jumat Dato' Hj Mohd Nor
  • Dato' N.S. Selvamany
  • Tn. Hj. Harun Hj. Hassan
  • Tn. Aminuddin Muhammad
1996
  • En. Anthony Lim Peng Hwa
  • Pn. Hjh Embun Muhamad Ali
  • Pn. Irene Syawe Chin Chi
  • En. Abdul Razak Ismail
1995
  • Tn. Hj. Jaaman @ Sharman Abu
  • En. Anthony Reynolds Peter
  • Tn. Hj. Wan Din Wan Mat
  • En. Amirbek Amir Husain
1994
  • Tn. Hj. Wan Samsudin Mohd Yusof
  • En. Nordin Hj. Mahmood En. Jikal Gabie
  • En. Khor Beng Hoe
1993
  • Dato’ Abdul Aziz Ismail
  • Tn. Hj. Ibrahim Yaakob
  • Tn. Hj. Mohd. Saidin
  • Dato’ Hj. Mohd Taib Omar
1992
  • Dato’ Hj Ibrahim Sulaiman
  • Pn. Siti Bidayah Hj. Din
  • En. Lau Hut Yee
1991
  • Datuk Hj. Parman Hassan Raji
  • Dato’ Hj. Abbad Hj. Muhammad
  • Pn. Dawn Parry
1990
  • Dato’ Hj. Idris Hj. Tain
  • Tn. Hj. Abdullah Sani Abu Bakar
  • En. Michael Graham Parry

[sunting]Tema hari guru

  1. 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
  2. 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
  3. 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
  4. 1975 Guru dan Pembangunan Negara
  5. 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
  6. 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
  7. 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
  8. 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
  9. 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
  10. 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
  11. 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
  12. 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
  13. 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
  14. 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
  15. 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
  16. 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
  17. 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
  18. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  19. 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
  20. 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
  21. 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
  22. 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
  23. 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  24. 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
  25. 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
  26. 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
  27. 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
  28. 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
  29. 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  30. 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  31. 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
  32. 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  33. 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  34. 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  35. 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  36. 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  37. 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
  38. 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
  39. 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
  40. 2010 Guru Pembina Negara Bangsa
  41. 2011 Guru penjana transformasi pendidikan negara

[sunting]Hal berbangkit

[sunting]Permasalahan

Hanya mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan sahaja yang mengambil tahu tentang sambutan perayaan berskala seni ini. Sedangkan orang yang tidak terlibat dengan bidang secara umumnya kurang mnegetahui sehinggalah anak mereka merungut untuk membeli hadiah untuk guru sewaktu sambutan hari guru di sekolah diadakan.

[sunting]Institut Pendidikan Guru

Terdapat 27 Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di seluruh Malaysia. Semuanya dikelolakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Jabatan Sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia.



Hari Bersejarah Bagi Sabah 


Sejarah Sabah boleh dijejaki semula pada kira-kira 23–30,000 tahun dahulu dengan terdapatnya bukti penempatan manusia wujud di negeri ini. Sejarah Sabah juga termasuk dalam sejarah Brunei dan sejarah Malaysia yang sebelum ini merupakan sebahagian dari Brunei dan kini Malaysia. Sejarah terawal yang direkodkan di Sabah ketika tamadun bermula adalah pada abad ke-16 ketika era Kesultanan Brunei. Sebelum ini, penduduk awal hidup dalam masyarakat yang berpuak dan puak-puak ini terus wujud sehingga abad ke-19.[1] Bahagian timur Sabah telah diserahkan kepada Sultan Sulu oleh Sultan Brunei kerana membantu menewaskan musuh Brunei. Sehingga akhir abad ke-19, kedua-dua kawasan dimiliki oleh Sultan Brunei dan Sultan Sulu yang akhirnya diberikan kepada British. Sabah menjadi naungan United Kingdom pada 1888 dan kemudiannya menjadi tanah jajahan mahkota sehingga tahun 1963, ketika itu ia dikenali sebagai Borneo Utara. Pada 16 September 1963, Sabah bergabung dengan MalayaSingapura (meninggalkan pada 1965) untuk membentukPersekutuan Malaysia.