Khamis, 14 April 2011

PIAGAM SEKOLAH

Meningkatkan prestasi murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Bersikap adil terhadap setiap murid tanpa mengira faktor dan kaum,keturunan ,agama dan bangsa. Membimbing murid-murid di dalam pelajaran harian mereka. Mengutamakan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain. Menerapkan nilai-nilai murni dalam jiwa setiap murid. Menggalakkan kerjasama antara guru-guru dengan masyarakat sekeliling. Memastikan sistem pengurusan kerja yang teratur dan bersistematik. Memelihara dan memperbaiki mutu kerja dan prestasi sekolah secara menyeluruh.Memberi layanan dan perkhidmatan yang baik pada setiap lapisan masyarakat yang berurusan dengan sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan